BATU PAHAT: Mayat seorang lelaki yang melecur dipercayai akibat terkena renjatan elektrik, ditemui atas siling sebuah rumah berkembar di Jalan Bukit Pasir dekat sini, malam tadi.
Ia ditemui pekerja pendawaian yang memecah siling rumah berkenaan pada 8.30 malam tadi ketika mencari punca masalah gangguan bekalan elektrik yang dialami sejak petang kelmarin.
Rumah berkembar itu disewa pasangan Kamaruzaman Sahlan, 40, dan Santi Jumingan, 27.Kamaruzaman percaya lelaki berkenaan memasuki atas siling rumahnya menerusi siling bilik air rumah sebelah yang kosong. Ia ditemui pekerja pendawaian yang memecah siling rumah berkenaan pada 8.30 malam tadi ketika mencari punca masalah gangguan bekalan elektrik yang dialami sejak petang kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, ketika dihubungi, mengesahkan penemuan mayat lelaki keturunan Cina berusia dalam lingkungan 50 tahun.
"Setakat ini saya hanya dapat mengesahkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di atas siling sebuah rumah sewa di Jalan Bukit Pasir malam tadi,' katanya.
Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.
ltak gambar bukti..
ReplyDelete